728x90 AdSpace

^.^
Tuesday, October 11, 2011

Mango Panna Cotta / Mango Delight


Mango Panna Cotta / Mango Delight
Adapted from www.dessert.net.au
Di olah semula oleh K1

Puri Mangga ***
3 biji mangga masak
Kupas dan kisar hingga halus, jadikan 300gm puri mangga.  Ketepikan

Lapisan Bawah - Krim Panna Cotta
150ml susu segar
100ml whipping cream / thickened cream
2 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu kecil gelatin halal brd Nur, Nona, Kijang + 2 sudu besar air panas (larutkan)

Lapisan Tengah - Kiub Mangga
1 biji mangga di potong kiub kecil
150gm puri mangga ***
1 sudu kecil gelatin + 1 sudu besar air
1 sudu besar gula pasir

Lapisan Atas - Mousse Mangga
150gm puri mangga ***
1 sudu besar gula pasir
100ml whipping cream / thickened cream - di pukul hingga kental
2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air

Cara-cara :
1.  Lapisan Bawah (Krim Panna Cotta) :  Masukkan air panas ke dalam mangkuk, tabur gelatin kemudian kacau hingga gelatin betul2 larut.  Ketepikan.
2.  Panaskan susu segar dan whipping cream hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.  Tutup api, masukkan gelatin dan kacau hingga rata.  Biarkan suam dahulu kemudian baru di tuang ke dalam 3 biji gelas yang di letak condong di atas bekas telur.  Simpan dalam freezer selama 15 minit hingga beku.


3. Lapisan Tengah (Kiub Mangga)  :  Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin.  Biarkan seketika.  Panaskan secara double boiler atau di dalam microwave oven selama 20 saat, angkat dan kacau hingga gelatin larut.  Ketepikan.
4.  Campurkan puri mangga dan gula ke dalam periuk, masak hingga gula larut.  Angkat dan masukkan kiub mangga dan gelatin cair.  Gaul rata.
5.  Keluarkan gelas dari peti sejuk (pastikan krim telah beku), sudukan campuran kiub mangga ke atas lapisan bawah panna cotta.  Simpan semula di dalam freezer selama 15 minit hingga beku.


6.  Lapisan Atas (Mousse Mangga) :  Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin.  Biarkan seketika.  Panaskan secara double boiler atau di dalam microwave oven selama 20 saat, angkat dan kacau hingga gelatin larut.  Ketepikan.
7.  Panaskan puri mangga dan gula di dalam periuk dengan api perlahan .  Kacau hingga gula larut.  Angkat dan biarkan suam dahulu baru di masukkan whipping cream dan gelatin cair, gaul hingga rata.
8.  Masukkan mousse ke dalam piping bag dan picit di bahagian lapisan tengah atau sudukan ke dalam gelas. Masukkan semula ke dalam peti sejuk (chiller) hingga beku.  Sedia di hidang.


Mango Panna Cotta / Mango Delight
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top